Friday 23 October 2015

Sesi Berinai Cik Aida - Sentul, Kuala Lumpur

Hi uolls,

Apa khabar ? Sihat kah anda semua ?
Al maklum lah musin jerebu sekarang ni makin teruk sangat dah.
Makin susah nak dapatkan udara segar yang bersih.
Huhuuuu..

Ok, semalam adalah majlis sesi berinai Cik Aida dari Sentul ni. Beliau dah booked HENNABYPUYEP lama dah dari bulan 3. Beliau ni rakan kepada Cik Huda eh sekarang dah Puan Huda yang pernah menggunakan khidmat HENNABYPUYEP pada awal tahun ini. Terima kasih kerana mempercayai khidmat HENNABYPUYEP :) :) :)

Mari kita jenguk sikit hasil ukiran inai yang di minta oleh beliau :)



Ukiran inai di atas tangan pengantin.
Ukiran inai berbentuk Love di tapak tangan pengantin.

Ukiran inai penuh di kaki pengantin.



Keseluruhan ukiran inai pengantin.


Bridesmaid beliau juga turut berinai. :)
Jom tengok gambar di bawah.




Ukiran inai bermotifkan bunga.

Ukiran inai bermotifkan bunga dan abstrak.

Ukiran inai bermotifkan abstrak.


Kepada Cik Aida, malam ini Majlis Akad Nikah beliau akan berlangsung. Semoga dipermudahkan segalanya. 
Selamat Pengantin Baru Cik Aida. ;)


Selamat Pengantin Baru buat pasangan Zaid & Aida (zAIDa).


Khidmat inai : HENNABYPUYEP
No Telefon : 012-2420725 (whats app only)

Sila lawat instagram, FB pages atau blogspot HENNABYPUYEP  ;)

Sesi Berinai Cik Sanira - Port Dickson

Assalammualaikum w.b.t kepada semua,

Nama pengantin : Cik Sanira
Tema : Abstrak
Tarikh Berinai : 26 September 2015

Jom kita tengok gambar ukiran inai beliau ;)


Ukiran inai abstrak di tangan pengantin

Seterusnya adalah ukiran inai untuk bridesmaid yang sentiasa nampak manis ;)

Bridesmaid pertama

Bridesmaid kedua

Bridesmaid ketiga

Bridesmaid keempat

Bridesmaid kelima
Ukiran inai bridesmaid untuk si comel

Nampak tu semua tangan bridesmaid siap di ukir inai ;)

Ini lah wajah-wajah bridesmaid yang sentiasa nampak manis dan ceria bersama ukiran inai mereka bersama pengantin di belakang ;)

Pengantin bersama bridesmaid selepas selesai Majlis Akad Nikah


Berminat ?? Tak susah pun. Whats app sahaja 012-2420725 untuk sebarang pertanyaan serta tempahan. In shaa Allah, semoga majlis anda lebih bermakna dengan mendapatkan sentuhan ukiran inai dari HENNABYPUYEP ;)


Wednesday 7 October 2015

(Must read !!) Q & A berkaitan Inai/Henna - Part 2

Assalammualaikum w.b.t kepada semua.


Bersua kita lagi unutk Q&A Part 2 berkaitan inai atau henna ye. ;)


  • Apakah faktor yang menentukan warna kegelapan kesan pemakaian inai ?


a) Tempoh Masa : Untuk mendapatkan hasil warna inai yang menarik dan cantik, tempoh pemakaian inai yang di syorkan adalah minimun 4 jam dan maksimum semalaman. Semakin lama tempoh pemakaian inai, semakin gelap warna inai yang kita dapat.


b) Suhu Badan : Jika tangan anda sejuk, kebiasaannya warna inai anda tidak berapa gelap sangat. Tapak tangan kita selalu nya lebih panas dari seluruh badan kita dan itu menjadi salah satu sebab mengapa warna inai lebih gelap di tapak tangan. Pastikan suhu di persekitaran adalah selesa sebaik-baiknya sedikit panas semasa mahu memakai inai.

c) Pengelupasan Kulit : Anda di syorkan untuk melakukan 'waxing', 'scrubbing', shaving' atau 'massaging' sebelum memakai inai untuk memaksimumkan penyerapan warna inai ke atas permukaan kulit anda. Jika tidak, warna inai akan mudah pudar dengan cepat dan warna inai yang tidak sekata akan terhasil.

d) Bahagian Badan : Adalah tidak mungkin untuk warna inai lebih gelap akan terhasil di lengan berbanding di tapak tangan. Ini disebabkan perbezaan komposisi kulit. Tapak tangan mempunyai kulit yang agak tebal (lebih lapisan sel-sel kulit) daripada mana-mana bahagian badan yang lain.

e) Sentuhan dengan air : Penting untuk tidak menyentuh air selama 12 hingga 24 jam setelah memakai inai. Lebih banyak bahagian badan yang di inai menyentuh air, lebih mudah kulit untuk mengelupas atau mengembang dan seterusnya warna inai akan mudah pudar beransur-ansur. Kebiasaannya, warna inai akan bertahan sehingga seminggu dan seterusnya warnanya akan pudar .


Inai perlu dibiarkan kering seberapa lama yang boleh untuk mendapatkan warna inai yang menarik dan cantik.


  • Adakah inai atau henna selamat pada ibu mengandung ?


Ya, 100% selamat menggunakan inai asli kerana ia adalah semulajadi dan benar-benar selamat serta terdapat fakta yang ibu mengandung digalakkan menggunakan inai di perut kerana fungsi inai dapat menyerap semua haba dari badan dan memberikan kesan penyejukan.




Oleh itu, untuk mendapatkan warna inai yang cantik serta menarik ;

**  Time + Heat - Water = Dark & Awesome Henna Colour

->> Beberapa tips yang berguna untuk anda diingatkan :


  1. Cuci dan sabunkan dahulu dengan baik pada permukaan bahagian badan yang mahu di inaikan.
  2. Sapukan minyak kayu putih jika ada (minyak cap kapak pun boleh atau minyak mehndi) untuk memaksimumkan penyerapan warna inai.
  3. Biarkan inai mengering seberapa lama yang boleh. Pastikan juga inai terus lembap untuk mendapatkan warna inai yang menarik dengan menitiskan air atau air perahan limau nipis/kasturi/lemon dengan menggunakan kapas.
  4. Selepas 6 hingga 8 jam pemakaian inai, jangan basuh dengan air dan sabun. Cuba tanggalkan sisa inai dengan cara mengikis atau mengopek dengan perlahan-lahan.
  5. Elakkan bersentuhan dengan air selama 12 hingga 24 jam dan anda boleh menyapu minyak zaitun pada bahagian badan yang diinai untuk mewujudkan penghalang dengan air.

Warna inai yang menarik dan cantik.

Dengan mengikuti tips-tips di atas, IN SHAA ALLAH warna inai anda akan gelap,cantik serta menarik. ;)

Untuk mendapatkan perkhidmatan HENNABYPUYEP, sila whats app 012-2420725 untuk sebarang pertanyaan serta tempahan. ;)