Friday, 19 February 2016

Penting kepada Bride-To-Be ! -->> Tips-tips Berinai / Berhenna.

Assalammualaikum w.b.t kepada semua,


Salam Jumaat !!

Semoga kehidupan kita diberkati hari ini dan hari-hari yang mendatang.

Pagi ni kita nak cerita sedikit pasal tips-tips berguna untuk bakal-bakal pengantin sekalian. :)

First of all, kita nk share tips menggunakan inai/henna ni. Macamana kita nak dapatkan warna hasil ukiran inai yang berwarna terang, cantik, kekal lama serta bersinar?? Jom baca tips di bawah. :)


Cantik kan warna hasil inai/henna ini.

  • Pastikan anda minum banyak air mineral or air putih at least 2 minggu sebelum memakai inai.  Ini untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan ini akan memudahkan proses menyerapan warna inai/henna pada kulit anda dengan sempurna.
    Air mineral @ air putih.
  • Pastikan anda mandi sebelum memakai inai/henna.  Ini bagi memastikan kulit segar dan lembap untuk memakai inai.
  • Sediakan botol kecil yang mengandungi jus asli limau nipis dan gula. Selepas habis proses memakai ina/hennai, setiap 5 minit atau bila henna sudah hendak kering, rinjiskan air tadi pada henna tadi.  Ulang selama mana henna akan dipakai. Proses ini akan menyerlahkan lagi warna hasil ukiran inai/henna.
    Limau nipis bersama gula.
  • Selepas itu, tanggalkan baki ukiran inai/henna dan lumurkan beberapa titis minyak eucalyptus (selain itu boleh menggunakan minyak kayu putih, minyak cap kapak, minyak zaitun da pelbagai lagi) pada hasil ukiran inai/henna.  Minyak eucalyptus ini mempunyai satu bahan yang akan membuat warna inai/henna akan menjadi tahan lebih lama.
Minyak Eucalyptus.
  • Akhir sekali, jangan lupa manicure dan pedicure kuku anda sebelum pakai inai/henna untuk mendapatkan inai/henna yang cantik dan kemas. Pastikan anda manicure dan pedicure 2 minggu awal sebelum memakai inai/henna. Jika tidak, ini akan menganggukan proses penyerapan warna inai/henna pada kuku jari. Dan jangan buat menicure dan pedicure selepas memakai inai/henna kerana ia hanya merosakkan inai/henna. 
Warna inai/henna yang sempurna.


Ini pula adalah tips-tips sebelum memakai inai/henna bagi mendapatkan ukiran inai/henna yang kemas, cantik dan tidak comot. (Mesti baca, untuk menyenangkan kedua-dua pihak - henna artist & bakal pengantin) :)

  • Jangan terlalu mengerakkan tangan dan jari jemari anda.
    Kepada bride-to-be, anda disarankan untuk berkeadaan statik. Maksudnya pastikan tangan atau jari jemari anda tidak kerap bergerak. Pergerakan yang banyak akan mengganggu proses pemakaian inai/henna. Lebih lama anda tidak bergerak, lebih jimat masa proses pemakaian inai/henna.
  • Memerlukan seorang pembantu.
    Pastikan anda ada pembantu di sebelah anda. Tujuan anda memerlukan pembantu adalah untuk menolong anda ketika merasa kan diri tidak selesa, contohnya untuk garu-garu kalau ada gatal-gatal, menjawab panggilan telefon, memberikan air minum dan pelbagai lagi. Al maklum lah, mengukir inai/henna ini mengambil masa sedikit. :)
  • Pastikan inai/henna betul-betul kering.
    Pastikan inai/henna yang dipakai di tangan anda itu betul-betul kering kemudian barulah dicuci. Jika memakai inai/henna instant, pastikan ia kering sehingga kepingan baki inai/henna terkopek. Selepas mencabut kepingan baki inai/henna, baru lah anda boleh cuci dengan cermat. Jika memakai inai daun, pastikan ia kering sehingga ia merekah. Pemakaian inai daun mengambil masa yang lama untuk kering berbanding dengan inai/henna instant.
  • Cuci inai/henna yang telah kering dengan air yang mengalir.
    Inai/henna akan kering seperti melekat di kulit anda. Haruslah dicuci sambil mengesat dengan perlahan-lahan tanpa kasar dengan jari supaya warna hasil ukiran inai/henna tidak pudar.
  • Jangan terlalu mengesat dan mencuci tangan.
    Ukiran inai/henna di atas permukaan kulit sangat sensitif dan mudah pudar jika terlalu kerap dicuci dan ditonyoh (guna bahasa kampung jap ye..hehe). 
  • Kurangkan menggunakan sabun, syampoo, lotion dan lain-lain.
    Warna ukiran inai/henna juga akan mudah luntur jika terkena bahan kimia yang terkandung dalam sabun, syampoo, lotion dan lain-lain produk. Sebolehnya anda tidak digalakkan untuk menggunakan bahan tersebut selepas memakai inai/henna sebelum berlangsungnya majlis anda bagi mengekalkan warna inai/henna yang dipakai.

Pastikan tangan serta jari anda statik dan tidak bergerak-gerak sewaktu proses memakai inai/henna.


Kita akan sambung dengan pelbagai tips lagi untuk entry seterusnya nanti. Sekian, terima kasih.. 

Jika berminat dengan perkhidmatan HENNABYPUYEP, sila lah whats app di talian 012-2420725 untuk sebarang pertanyaan, survey atau pun tempahan. In shaa Allah kami akan memberikan komitmen yang terbaik dalam menghasilkan ukiran inai/henna yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment