Friday, 23 October 2015

Sesi Berinai Cik Aida - Sentul, Kuala Lumpur

Hi uolls,

Apa khabar ? Sihat kah anda semua ?
Al maklum lah musin jerebu sekarang ni makin teruk sangat dah.
Makin susah nak dapatkan udara segar yang bersih.
Huhuuuu..

Ok, semalam adalah majlis sesi berinai Cik Aida dari Sentul ni. Beliau dah booked HENNABYPUYEP lama dah dari bulan 3. Beliau ni rakan kepada Cik Huda eh sekarang dah Puan Huda yang pernah menggunakan khidmat HENNABYPUYEP pada awal tahun ini. Terima kasih kerana mempercayai khidmat HENNABYPUYEP :) :) :)

Mari kita jenguk sikit hasil ukiran inai yang di minta oleh beliau :)



Ukiran inai di atas tangan pengantin.
Ukiran inai berbentuk Love di tapak tangan pengantin.

Ukiran inai penuh di kaki pengantin.



Keseluruhan ukiran inai pengantin.


Bridesmaid beliau juga turut berinai. :)
Jom tengok gambar di bawah.




Ukiran inai bermotifkan bunga.

Ukiran inai bermotifkan bunga dan abstrak.

Ukiran inai bermotifkan abstrak.


Kepada Cik Aida, malam ini Majlis Akad Nikah beliau akan berlangsung. Semoga dipermudahkan segalanya. 
Selamat Pengantin Baru Cik Aida. ;)


Selamat Pengantin Baru buat pasangan Zaid & Aida (zAIDa).


Khidmat inai : HENNABYPUYEP
No Telefon : 012-2420725 (whats app only)

Sila lawat instagram, FB pages atau blogspot HENNABYPUYEP  ;)

Sesi Berinai Cik Sanira - Port Dickson

Assalammualaikum w.b.t kepada semua,

Nama pengantin : Cik Sanira
Tema : Abstrak
Tarikh Berinai : 26 September 2015

Jom kita tengok gambar ukiran inai beliau ;)


Ukiran inai abstrak di tangan pengantin

Seterusnya adalah ukiran inai untuk bridesmaid yang sentiasa nampak manis ;)

Bridesmaid pertama

Bridesmaid kedua

Bridesmaid ketiga

Bridesmaid keempat

Bridesmaid kelima
Ukiran inai bridesmaid untuk si comel

Nampak tu semua tangan bridesmaid siap di ukir inai ;)

Ini lah wajah-wajah bridesmaid yang sentiasa nampak manis dan ceria bersama ukiran inai mereka bersama pengantin di belakang ;)

Pengantin bersama bridesmaid selepas selesai Majlis Akad Nikah


Berminat ?? Tak susah pun. Whats app sahaja 012-2420725 untuk sebarang pertanyaan serta tempahan. In shaa Allah, semoga majlis anda lebih bermakna dengan mendapatkan sentuhan ukiran inai dari HENNABYPUYEP ;)


Wednesday, 7 October 2015

(Must read !!) Q & A berkaitan Inai/Henna - Part 2

Assalammualaikum w.b.t kepada semua.


Bersua kita lagi unutk Q&A Part 2 berkaitan inai atau henna ye. ;)


  • Apakah faktor yang menentukan warna kegelapan kesan pemakaian inai ?


a) Tempoh Masa : Untuk mendapatkan hasil warna inai yang menarik dan cantik, tempoh pemakaian inai yang di syorkan adalah minimun 4 jam dan maksimum semalaman. Semakin lama tempoh pemakaian inai, semakin gelap warna inai yang kita dapat.


b) Suhu Badan : Jika tangan anda sejuk, kebiasaannya warna inai anda tidak berapa gelap sangat. Tapak tangan kita selalu nya lebih panas dari seluruh badan kita dan itu menjadi salah satu sebab mengapa warna inai lebih gelap di tapak tangan. Pastikan suhu di persekitaran adalah selesa sebaik-baiknya sedikit panas semasa mahu memakai inai.

c) Pengelupasan Kulit : Anda di syorkan untuk melakukan 'waxing', 'scrubbing', shaving' atau 'massaging' sebelum memakai inai untuk memaksimumkan penyerapan warna inai ke atas permukaan kulit anda. Jika tidak, warna inai akan mudah pudar dengan cepat dan warna inai yang tidak sekata akan terhasil.

d) Bahagian Badan : Adalah tidak mungkin untuk warna inai lebih gelap akan terhasil di lengan berbanding di tapak tangan. Ini disebabkan perbezaan komposisi kulit. Tapak tangan mempunyai kulit yang agak tebal (lebih lapisan sel-sel kulit) daripada mana-mana bahagian badan yang lain.

e) Sentuhan dengan air : Penting untuk tidak menyentuh air selama 12 hingga 24 jam setelah memakai inai. Lebih banyak bahagian badan yang di inai menyentuh air, lebih mudah kulit untuk mengelupas atau mengembang dan seterusnya warna inai akan mudah pudar beransur-ansur. Kebiasaannya, warna inai akan bertahan sehingga seminggu dan seterusnya warnanya akan pudar .


Inai perlu dibiarkan kering seberapa lama yang boleh untuk mendapatkan warna inai yang menarik dan cantik.


  • Adakah inai atau henna selamat pada ibu mengandung ?


Ya, 100% selamat menggunakan inai asli kerana ia adalah semulajadi dan benar-benar selamat serta terdapat fakta yang ibu mengandung digalakkan menggunakan inai di perut kerana fungsi inai dapat menyerap semua haba dari badan dan memberikan kesan penyejukan.




Oleh itu, untuk mendapatkan warna inai yang cantik serta menarik ;

**  Time + Heat - Water = Dark & Awesome Henna Colour

->> Beberapa tips yang berguna untuk anda diingatkan :


  1. Cuci dan sabunkan dahulu dengan baik pada permukaan bahagian badan yang mahu di inaikan.
  2. Sapukan minyak kayu putih jika ada (minyak cap kapak pun boleh atau minyak mehndi) untuk memaksimumkan penyerapan warna inai.
  3. Biarkan inai mengering seberapa lama yang boleh. Pastikan juga inai terus lembap untuk mendapatkan warna inai yang menarik dengan menitiskan air atau air perahan limau nipis/kasturi/lemon dengan menggunakan kapas.
  4. Selepas 6 hingga 8 jam pemakaian inai, jangan basuh dengan air dan sabun. Cuba tanggalkan sisa inai dengan cara mengikis atau mengopek dengan perlahan-lahan.
  5. Elakkan bersentuhan dengan air selama 12 hingga 24 jam dan anda boleh menyapu minyak zaitun pada bahagian badan yang diinai untuk mewujudkan penghalang dengan air.

Warna inai yang menarik dan cantik.

Dengan mengikuti tips-tips di atas, IN SHAA ALLAH warna inai anda akan gelap,cantik serta menarik. ;)

Untuk mendapatkan perkhidmatan HENNABYPUYEP, sila whats app 012-2420725 untuk sebarang pertanyaan serta tempahan. ;)

Monday, 28 September 2015

(Must read !!) Q & A berkaitan Inai/Henna - Part 1

Assalamualaikum w.b.t semua,

Hari ini kita ada Q&A berkaitan inai/henna - part 1 ;)


  • Bagaimana kesan warna inai melekat atas permukaan kulit tangan kita? 


Inai mempunyai molekul pewarna iaitu, Lawsone atau 'hennotanic acid' yang cukup kecil untuk menembusi sel kulit. Jika anda meletakkan inai pada kulit, molekul pewarna inai akan menembusi terus ke bawah sel kulit dan tidak tersebar. Sebab itu lah, kesan corak ukiran inai akan tetap dan kekal jelas di satu tempat tersebut sehingga hari pengelupasan kulit berlaku. Apabila pengelupasan sel-sel kulit berlaku, kesan ukiran inai akan mula perlahan-lahan menjadi pudar dan seterusnya hilang dari kulit.


  • Berapa lama anggaran tempoh kesan warna inai bertahan di kulit ?


Kebiasaan kesan warna ukiran inai akan bertahan dalam masa 2 hingga ke 4 hari, dan seterusnya akan pudar beransur-ansur bergantung kepada kawasan anggota badan yang diukir, pendedahan kepada air dan bahan kimia (seperti sabun, shampoo, bahan pencuci dan lain-lain) dan pelbagai punca lagi.


  • Apakah kesan warna inai?


Selepas inai mula kering di atas kulit, kesan warna inai yang melekat di atas kulit kebiasaannya adalah oren, merah, maroon atau coklat gelap. Kegelapan kesan warna inai tersebut bergantung kepada kawasan anggota badan yang diukir, kualiti serbuk/bancuhan inai, kualiti penggunaan inai serta tempoh masa pengeringan inai di atas kulit.



  • Selepas 1 minit inai diukir.

  • Selepas 1 jam inai diukir dan dicuci bersih.



  • Bagaimana pula dengan inai hitam?


Inai sahaja tidak menghasilkan kesan warna hitam. Terdapat bebarapa bahan tambahan serta campuran untuk menjadikannya kesan warna hitam. Walaubagaimanapun, formula campuran ini boleh menjadi toksik dan tidak sihat untuk kulit manusia.


Cantik tak ?? ;)

Akan bersambung~~~


**  Untuk post seterusnya saya akan menerangkan formula magik untuk mendapatkan warna ukiran inai yang cantik, mantap dan awesome ;)

Thanks semua yang menyokong HENNABYPUYEP !

Please visit our fb page, instagram and blogspot HENNABYPUYEP. Whats app 0122420725 for any enquiries. ;)

Tuesday, 22 September 2015

Sesi Berinai Cik Zulaikha Natrah - Gentam, Kuala Pilah

Hey Gals,

Kali ni nak terjah sikit sesi berinai Cik Zulaikha Natrah selaku sahabat dan jugak ex-worker tempat kerja lama ye. Beliau ni comel, manis, lemah-lembut, dah la banyak-banyak puji lak. Heheheee..

HENNABYPUYEP datang dari jauh ke Kuala Pilah semata-mata nak berinai si pengantin ni.
Jom kita tinjau ukiran inai yang di minta oleh Cik Zulaikha Natrah ni. ;)



Ukiran inai bermotifkan bunga besar di atas tangan Cik Zulaikha Natrah.

Ukiran inai berbentuk LOVE di atas telapak tangan pengantin.


Haaaa..inilah pengantinnya, Cik Zulaikha Natrah bersama pasangan beliau. Sama cantik dan sama padan kn? ;)
Ini pula ukiran inai bermotifkan bunga besar di atas tangan sahabat kepada Cik Zulaikha Natrah.



Apa lagi, ambil handphone korang, simpan no telefon ni 012-2420725, save atas nama HENNABYPUYEP. Nanti bila ada sebarang majlis dan perlukan perkhidmatan berinai, boleh la whats app  untuk tempahan ye. I'll give u my magic touch on your hand. :) ;) :)

Whats app - 0122420725

Sesi Berinai Cik Su - Sikamat, Seremban

Assalammualaikum w.b.t kepada semua,

Hari ini nak kongsi ukiran inai yang di minta oleh Cik Su dari Sikamat, Seremban untuk majlis pernikahan beliau.

Check it out, gurls !




Cantik. Ukiran inai bermotifkan separa bunga dan abstrak yang di minta oleh pengantin

Saudara-mara beliau turut berinai bersama untuk memeriahkan majlis beliau. Jom tinjau gambar di bawah ;) 



Ukiran inai bermotifkan bunga di sisi atas tangan.

Ukiran inai bermotifkan separa bunga dan abstrak di atas tangan.

Ukiran inai yang diilhamkan dari ukiran inai Hanis Zalikha. ;)

Ukiran inai bermotifkan bunga besar di atas tangan.


Seminggu kemudian juga, Cik Su menggunakan khidmat berinai HENNABYPUYEP untuk majlis bertandang sebelah pihak lelaki. Beliau memilih ukiran inai bermotifkan bunga yang diilhamkan dari ukiran inai Hanis Zalikha. Ukiran inai tersebut diolahkan sedikit bagi memberi kelainan kepada bakal pengantin.

Berikut adalah gambar ukiran inai di atas tangan si pengantin perempuan. :)


Ukiran inai di atas tangan Cik Su.



Ukiran inai di atas telapak tangan Cik Su.






HENNABYPUYEP

Whats app : 012-2420725
FB page : Hennabypuyep
Instagram : Hennabypuyep
Email : Pumpkins_151108@yahoo.com.my

Kami suka-suka berhenna ;)

Hi uolls,

Nak show off sikit kekawan saya yang suka berhenna ni. ;)

Seorang suka ukiran yang macam ini :

Dia malu tutup muka, nak suruh orang fokuskan dekat ukiran inai atas tangan dia lettew. :)


Ini lagi seorang mengikut jugak, malu katanaya. ;)

Mereka berdua. ;)


Meh kita close - up sikit ukiran inai yang mereka pilih ni ye, cantik ke? ;)


** Ukiran inai bermotifkan bunga besar di atas tangan.

** Ukiran inai bermotifkan abstrak bulat di atas tangan.

** p/s : Ukiran inai mengikut ukiran seperti dalam gambar. Tiru design ;)



 Haaa amacam kawan-kawan? Berminat x? Meh whats app HENNABYPUYEP di nombor telefon 012-2420725 dengan kadar segera. ;)

H>E>N>N>E>B>Y>P>U>Y>E>P

Sesi Berinai Cik Zaleha - AU Keramat

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sehati Sejiwa,

Lama dah tak update ni, maaf lah ye ;)

Jom tinjau sikit sesi berinai Cik Zaleha di AU Keramat yang menggunakan khidmat HENNABYPUYEP. Beliau ni  bakal isteri dah jadi isteri dah pun ;)  kepada sahabat rapat saya, Erhan Nikman ketika belajar di UTM Jalan Semarak.

Berikut adalah ukiran inai bermotifkan bunga yang di minta oleh beliau ;

Ukiran inai bermotifkan bunga di atas tangan.


Ukiran inai bermotifkan bunga bulat beserta huruf di tapak tangan beliau.
(E) Erhan & (Z) Zaleha


Ukiran inai bermotifkan sulur paut di keliling kaki beliau.



Close-up ukiran inai pengantin.
HENNABYPUYEP


Inilah pengantin yang berseri-seri, Cik Zaleha semasa hari pernikahan beliau yang meriah. ;) Semoga ikatan perkahwinan yang dibina kekal abadi sehingga ke akhir hayat.


Manis raut wajah pengantin bersama ukiran inai bermotifkan bunga di atas tangan.

Pengantin bersama ukiran inai bermotifkan bunga bulat beserta huruf di atas tapak tangan.


Seminggu kemudian, beliau menggunakan khidmat berinai HENNABYPUYEP sekali lagi untuk majlis bertandang di rumah pihak lelaki. Berikut adalah ukiran inai bermotifkan bunga seperti yang di minta oleh beliau ;


Ukiran inai bermotifkan bunga bersulur paut di atas kedua-dua tangan pengantin. (Semasa inai dipakaikan)


Ukiran inai bermotifkan bunga bersulur paut di atas kedua-dua tangan pengantin. (Selepas inai dibersihkan)

Ukiran inai berbentuk LOVE beserta huruf di atas tapak tangan pengantin.


Kepada yang berminat untuk menggunakan khidmat HENNABYPUYEP, boleh lah whats app 012-2420725 untuk sebarang pertanyaan, sebut harga atau tempahan. In shaa Allah, kami akan berikan yang terbaik untuk anda. ;)



~~~~~~~~~~HENNABYPUYEP~~~~~~~~~~