Hari ini kita ada Q&A berkaitan inai/henna - part 1 ;)
- Bagaimana kesan warna inai melekat atas permukaan kulit tangan kita?
Inai mempunyai molekul pewarna iaitu, Lawsone atau 'hennotanic acid' yang cukup kecil untuk menembusi sel kulit. Jika anda meletakkan inai pada kulit, molekul pewarna inai akan menembusi terus ke bawah sel kulit dan tidak tersebar. Sebab itu lah, kesan corak ukiran inai akan tetap dan kekal jelas di satu tempat tersebut sehingga hari pengelupasan kulit berlaku. Apabila pengelupasan sel-sel kulit berlaku, kesan ukiran inai akan mula perlahan-lahan menjadi pudar dan seterusnya hilang dari kulit.
- Berapa lama anggaran tempoh kesan warna inai bertahan di kulit ?
Kebiasaan kesan warna ukiran inai akan bertahan dalam masa 2 hingga ke 4 hari, dan seterusnya akan pudar beransur-ansur bergantung kepada kawasan anggota badan yang diukir, pendedahan kepada air dan bahan kimia (seperti sabun, shampoo, bahan pencuci dan lain-lain) dan pelbagai punca lagi.
- Apakah kesan warna inai?
Selepas inai mula kering di atas kulit, kesan warna inai yang melekat di atas kulit kebiasaannya adalah oren, merah, maroon atau coklat gelap. Kegelapan kesan warna inai tersebut bergantung kepada kawasan anggota badan yang diukir, kualiti serbuk/bancuhan inai, kualiti penggunaan inai serta tempoh masa pengeringan inai di atas kulit.
|
|
- Bagaimana pula dengan inai hitam?
Inai sahaja tidak menghasilkan kesan warna hitam. Terdapat bebarapa bahan tambahan serta campuran untuk menjadikannya kesan warna hitam. Walaubagaimanapun, formula campuran ini boleh menjadi toksik dan tidak sihat untuk kulit manusia.
Cantik tak ?? ;) |
Akan bersambung~~~
** Untuk post seterusnya saya akan menerangkan formula magik untuk mendapatkan warna ukiran inai yang cantik, mantap dan awesome ;)
Thanks semua yang menyokong HENNABYPUYEP !
Please visit our fb page, instagram and blogspot HENNABYPUYEP. Whats app 0122420725 for any enquiries. ;)
No comments:
Post a Comment