Wednesday, 7 October 2015

(Must read !!) Q & A berkaitan Inai/Henna - Part 2

Assalammualaikum w.b.t kepada semua.


Bersua kita lagi unutk Q&A Part 2 berkaitan inai atau henna ye. ;)


  • Apakah faktor yang menentukan warna kegelapan kesan pemakaian inai ?


a) Tempoh Masa : Untuk mendapatkan hasil warna inai yang menarik dan cantik, tempoh pemakaian inai yang di syorkan adalah minimun 4 jam dan maksimum semalaman. Semakin lama tempoh pemakaian inai, semakin gelap warna inai yang kita dapat.


b) Suhu Badan : Jika tangan anda sejuk, kebiasaannya warna inai anda tidak berapa gelap sangat. Tapak tangan kita selalu nya lebih panas dari seluruh badan kita dan itu menjadi salah satu sebab mengapa warna inai lebih gelap di tapak tangan. Pastikan suhu di persekitaran adalah selesa sebaik-baiknya sedikit panas semasa mahu memakai inai.

c) Pengelupasan Kulit : Anda di syorkan untuk melakukan 'waxing', 'scrubbing', shaving' atau 'massaging' sebelum memakai inai untuk memaksimumkan penyerapan warna inai ke atas permukaan kulit anda. Jika tidak, warna inai akan mudah pudar dengan cepat dan warna inai yang tidak sekata akan terhasil.

d) Bahagian Badan : Adalah tidak mungkin untuk warna inai lebih gelap akan terhasil di lengan berbanding di tapak tangan. Ini disebabkan perbezaan komposisi kulit. Tapak tangan mempunyai kulit yang agak tebal (lebih lapisan sel-sel kulit) daripada mana-mana bahagian badan yang lain.

e) Sentuhan dengan air : Penting untuk tidak menyentuh air selama 12 hingga 24 jam setelah memakai inai. Lebih banyak bahagian badan yang di inai menyentuh air, lebih mudah kulit untuk mengelupas atau mengembang dan seterusnya warna inai akan mudah pudar beransur-ansur. Kebiasaannya, warna inai akan bertahan sehingga seminggu dan seterusnya warnanya akan pudar .


Inai perlu dibiarkan kering seberapa lama yang boleh untuk mendapatkan warna inai yang menarik dan cantik.


  • Adakah inai atau henna selamat pada ibu mengandung ?


Ya, 100% selamat menggunakan inai asli kerana ia adalah semulajadi dan benar-benar selamat serta terdapat fakta yang ibu mengandung digalakkan menggunakan inai di perut kerana fungsi inai dapat menyerap semua haba dari badan dan memberikan kesan penyejukan.




Oleh itu, untuk mendapatkan warna inai yang cantik serta menarik ;

**  Time + Heat - Water = Dark & Awesome Henna Colour

->> Beberapa tips yang berguna untuk anda diingatkan :


  1. Cuci dan sabunkan dahulu dengan baik pada permukaan bahagian badan yang mahu di inaikan.
  2. Sapukan minyak kayu putih jika ada (minyak cap kapak pun boleh atau minyak mehndi) untuk memaksimumkan penyerapan warna inai.
  3. Biarkan inai mengering seberapa lama yang boleh. Pastikan juga inai terus lembap untuk mendapatkan warna inai yang menarik dengan menitiskan air atau air perahan limau nipis/kasturi/lemon dengan menggunakan kapas.
  4. Selepas 6 hingga 8 jam pemakaian inai, jangan basuh dengan air dan sabun. Cuba tanggalkan sisa inai dengan cara mengikis atau mengopek dengan perlahan-lahan.
  5. Elakkan bersentuhan dengan air selama 12 hingga 24 jam dan anda boleh menyapu minyak zaitun pada bahagian badan yang diinai untuk mewujudkan penghalang dengan air.

Warna inai yang menarik dan cantik.

Dengan mengikuti tips-tips di atas, IN SHAA ALLAH warna inai anda akan gelap,cantik serta menarik. ;)

Untuk mendapatkan perkhidmatan HENNABYPUYEP, sila whats app 012-2420725 untuk sebarang pertanyaan serta tempahan. ;)

No comments:

Post a Comment