Friday 19 February 2016

Penting kepada Bride-To-Be ! -->> Tips-tips Berinai / Berhenna.

Assalammualaikum w.b.t kepada semua,


Salam Jumaat !!

Semoga kehidupan kita diberkati hari ini dan hari-hari yang mendatang.

Pagi ni kita nak cerita sedikit pasal tips-tips berguna untuk bakal-bakal pengantin sekalian. :)

First of all, kita nk share tips menggunakan inai/henna ni. Macamana kita nak dapatkan warna hasil ukiran inai yang berwarna terang, cantik, kekal lama serta bersinar?? Jom baca tips di bawah. :)


Cantik kan warna hasil inai/henna ini.

  • Pastikan anda minum banyak air mineral or air putih at least 2 minggu sebelum memakai inai.  Ini untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan ini akan memudahkan proses menyerapan warna inai/henna pada kulit anda dengan sempurna.
    Air mineral @ air putih.
  • Pastikan anda mandi sebelum memakai inai/henna.  Ini bagi memastikan kulit segar dan lembap untuk memakai inai.
  • Sediakan botol kecil yang mengandungi jus asli limau nipis dan gula. Selepas habis proses memakai ina/hennai, setiap 5 minit atau bila henna sudah hendak kering, rinjiskan air tadi pada henna tadi.  Ulang selama mana henna akan dipakai. Proses ini akan menyerlahkan lagi warna hasil ukiran inai/henna.
    Limau nipis bersama gula.
  • Selepas itu, tanggalkan baki ukiran inai/henna dan lumurkan beberapa titis minyak eucalyptus (selain itu boleh menggunakan minyak kayu putih, minyak cap kapak, minyak zaitun da pelbagai lagi) pada hasil ukiran inai/henna.  Minyak eucalyptus ini mempunyai satu bahan yang akan membuat warna inai/henna akan menjadi tahan lebih lama.
Minyak Eucalyptus.
  • Akhir sekali, jangan lupa manicure dan pedicure kuku anda sebelum pakai inai/henna untuk mendapatkan inai/henna yang cantik dan kemas. Pastikan anda manicure dan pedicure 2 minggu awal sebelum memakai inai/henna. Jika tidak, ini akan menganggukan proses penyerapan warna inai/henna pada kuku jari. Dan jangan buat menicure dan pedicure selepas memakai inai/henna kerana ia hanya merosakkan inai/henna. 
Warna inai/henna yang sempurna.


Ini pula adalah tips-tips sebelum memakai inai/henna bagi mendapatkan ukiran inai/henna yang kemas, cantik dan tidak comot. (Mesti baca, untuk menyenangkan kedua-dua pihak - henna artist & bakal pengantin) :)

  • Jangan terlalu mengerakkan tangan dan jari jemari anda.
    Kepada bride-to-be, anda disarankan untuk berkeadaan statik. Maksudnya pastikan tangan atau jari jemari anda tidak kerap bergerak. Pergerakan yang banyak akan mengganggu proses pemakaian inai/henna. Lebih lama anda tidak bergerak, lebih jimat masa proses pemakaian inai/henna.
  • Memerlukan seorang pembantu.
    Pastikan anda ada pembantu di sebelah anda. Tujuan anda memerlukan pembantu adalah untuk menolong anda ketika merasa kan diri tidak selesa, contohnya untuk garu-garu kalau ada gatal-gatal, menjawab panggilan telefon, memberikan air minum dan pelbagai lagi. Al maklum lah, mengukir inai/henna ini mengambil masa sedikit. :)
  • Pastikan inai/henna betul-betul kering.
    Pastikan inai/henna yang dipakai di tangan anda itu betul-betul kering kemudian barulah dicuci. Jika memakai inai/henna instant, pastikan ia kering sehingga kepingan baki inai/henna terkopek. Selepas mencabut kepingan baki inai/henna, baru lah anda boleh cuci dengan cermat. Jika memakai inai daun, pastikan ia kering sehingga ia merekah. Pemakaian inai daun mengambil masa yang lama untuk kering berbanding dengan inai/henna instant.
  • Cuci inai/henna yang telah kering dengan air yang mengalir.
    Inai/henna akan kering seperti melekat di kulit anda. Haruslah dicuci sambil mengesat dengan perlahan-lahan tanpa kasar dengan jari supaya warna hasil ukiran inai/henna tidak pudar.
  • Jangan terlalu mengesat dan mencuci tangan.
    Ukiran inai/henna di atas permukaan kulit sangat sensitif dan mudah pudar jika terlalu kerap dicuci dan ditonyoh (guna bahasa kampung jap ye..hehe). 
  • Kurangkan menggunakan sabun, syampoo, lotion dan lain-lain.
    Warna ukiran inai/henna juga akan mudah luntur jika terkena bahan kimia yang terkandung dalam sabun, syampoo, lotion dan lain-lain produk. Sebolehnya anda tidak digalakkan untuk menggunakan bahan tersebut selepas memakai inai/henna sebelum berlangsungnya majlis anda bagi mengekalkan warna inai/henna yang dipakai.

Pastikan tangan serta jari anda statik dan tidak bergerak-gerak sewaktu proses memakai inai/henna.


Kita akan sambung dengan pelbagai tips lagi untuk entry seterusnya nanti. Sekian, terima kasih.. 

Jika berminat dengan perkhidmatan HENNABYPUYEP, sila lah whats app di talian 012-2420725 untuk sebarang pertanyaan, survey atau pun tempahan. In shaa Allah kami akan memberikan komitmen yang terbaik dalam menghasilkan ukiran inai/henna yang berkualiti.

Friday 12 February 2016

Sesi Berinai Cik Lenna - Villa Sutera, Seksyen 1, Bangi

Assalammualaikum w.b.t kepada anda semua...

Hi uolls.. Jom kita ke Villa Sutera, Seksyen 1, Bangi pula hari ni. :)

Lenna nama si pengantin comel ni. Beliau sukakan design yang ringkas tapi menarik.
Jom kita intai pilihan design si cantik ni. :)


Haaa cantik x?? Berantai-rantai lagi uolls..


Ni pula ukiran inai di tapak tangan beliau. Suka love tu..:)


Haa yang ni pula design ukiran inai pilihan sepupu Cik Lenna.


Macam pengantin dah sepupu Lenna semua. :) Cantik.


Mama Lenna suka bunga-bunga. :)


Aunty Lenna sukakan design ukiran inai yang ringkas.


Last but not least, si jantung hati di atas tangan sepupu Lenna juga. :)


Kepada bakal-bakal pengantin sekalian,
Jom mulakan misi mencari tukang inai anda, 
Ukiran yang kemas dan cantik, harga berpatutan, servis datang ke rumah, itu lah yang kita cari.

Apa lagi, jom survey dulu dengan HENNABYPUYEP, in shaa Allah kami akan berikan servis yang terbaik..!!

Whats app 012-2420725 !!

Sesi Berinai Cik Fika - Desa Rasah, Seremban

Assalammualaikum w.b.t semua..

Jom kita ke Desa Rasah, Seremban. Nama pengantin kita ni Fika. :)

Beliau memilih design ala-ala arabic. Jom kita intai. 

Design ukiran inai pengantin.


Tadaaa..amacam??


Design ukiran inai berbentuk hati di tapak tangan pengantin.


Si kenit ni pun nak juga. Habis comot dia kutil-kutil inai. Hihii..



Sebarang pertanyaan, sila hubungi
(whats app)

HENNABYPUYEP
012-2420725

HENNABYPUYEP012-2420725
HENNABYPUYEP
012-2420725



Thursday 11 February 2016

Sesi Berinai Cik Nora - Taman Dato Haji Abdul Samad, PD

Assalammualaikum w.b.t semua...

Kita share sikit sesi berinai Cik Nora dari Taman Dato Haji Abdul Samad, Port Dickson ni.
Gambar tak berapa banyak sebab tak sempat nak snap gambar masa tu. Huuhuuu.

Ini pun ihsan dari pengantin sendiri. Alhamdulillah beliau berpuas hati dengan HENNABYPUYEP.
Lagi satu, ada dua pengantin yang berinai malam tu. :)



Ukiran inai untuk 2 pengantin beserta dengan sahabat beliau.

Gambar penuh ukiran inai bermotifkan bunga menjadi pilihan Cik Nora.


So kepada yang berminat nak berinai dengan HENNABYPUYEP, apa lagi, capai handphone anda, taip 012-2420725 then whats app untuk sebarang pertanyaan, survey serta booking. In shaa Allah masih banyak lagi slot yang masih kosong. Cepat-cepat booking ye bakal-bakal pengantin. :)

Sesi Berinai Cik Farah, Cik Nurul, Cik Siti - Seremban, PD & Kajang

Assalammualaikum semua..

Yang ni kita lump sum semua throwback sesi berinai mereka sebab gambar tak banyak. Hihii..


  • Nama pengantin : Cik Farah dari Seremban.

Pengantin serta sepupu-sepupu beliau pilih design yang sama untuk ukiran inai di tangan mereka :)

  • Nama pengantin : Cik Nurul dari Taman Politeknik, PD.
Pengantin mahu kan design ukiran inai yang simple. :)


  • Nama pengantin : Cik Siti Aishah dari Sungai Sekamat, Kajang.
Beliau sukakan design ukiran inai bermotifkan bunga menjalar. :)


Haaa yang ni pula gambar saja suka-suka berinai. Takde kerja. :)


Mencuba design ukiran inai berbentuk hati. :)

Ukiran inai deisgn ala-ala tema Arabic.


Kepada yang nak mencantikkan jari-jemari anda untuk sebarang majlis, boleh la whats app kami HENNABYPUYEP di nombor telefon 012-2420725 dengan segera. Sebarang pertanyaan, survey serta booking akan dilayan dengan sebaiknya. In shaa Allah. :)




Sesi Berinai Cik Masyitah Mansor - Kg Bemban, Mambau

Assalammualaikum w.b.t..

Nama pengantin : Masyitah Mansor
Lokasi : Kg Bemban, Mambau

Hari ni, nak share sikit sesi berinai sahabat baik saya ni. :)
Kesian pengantin kena tunggu lama nak berinai sebab ada job sebelum tu. Maaf ye sahabat.
Apa-apa pun, wa kasi lu gempak dengan ukiran inai yang paling sarat untuk lu. :) :) :)

Haaa tadaaaa penuh x ukiran inai beliau ??

Ukiran penuh di tangan dan kaki pengantin.


Jom kita intai suasana majlis akad nikah beliau. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Cantik sahabatku sorang ni dalam sepersalinan berwarna putih krim.


Suasana majlis akad nikah.

Sama cantik sama padan, sahabatku.

Si mempelai perempuan, Masyitah Mansor.

Si cantik manis di atas pelamin.

Menyerlah warna merah inai.


Kita close-up sikit. :)


Seterusnya gambar beliau dalam sepersalinan berwarna ungu untuk majlis sanding. Menyerlah juga warna inai. :) Tahniah bertukar status dah. :)


Amacam ukiran inai pilihan pengantin ni ??

Close up. :)


Kita hias ukiran inai beliau dengan batu-batu kecil yang berkilat.


Tadaaaa...haaa amacam ??


Best friend sorang ni pun hulur tangan nak berinai. Sempat lagi masa pengantin tengah make-up, dia nak berinai. Takpe, sahabat punya pasal, den buatkan yo :)

Ni la dia best friend lagi sorang(tudung merah) y suka nak berinai sekali tu..hihi..
Ha tuh den dah lukiskan untuk ekau :)


Gambar terakhir sekali, kami bertiga :) Best friend forever yeaaawww..!!


LOVE U...!!!!

Akhir kata, selamat menjalani alam berumahtangga dengan bahagia wahai sahabatku. Tahniah. Selamat Pengantin Baru !!!




HENNABYPUYEP
012-2420725 (whats app)

HENNABYPUYEP
012-2420725 (whats app)

HENNABYPUYEP
012-2420725 (whats app)

HENNABYPUYEP
012-2420725 (whats app)



Sesi Berinai Cik Nur Baity - Taman Koperasi Setia, Shell Gate, PD

Assalammualaikum w.b.t kepada semua,..

Sihat kah anda semua ?? :)

Meh sini nak cerita sikit pasal seorang pengantin comel kita ni. Beliau ni rupa nya dulu pernah disakat oleh saya, masa zaman mengaji kecik-kecik dulu. Hihii.. Dah bertukar status dah beliau kini.

Nama dia Nur Baity Ramli. :)

Jom kita intai suasana sesi berinai beliau. :)



Ukiran inai bermotifkan sekuntum bunga kembang besar di atas tangan Cik Nur Baity.

Sepasang ukiran inai berbentuk hati di tapak tangan Cik Nur Baity.


Ukiran inai berbentuk bunga di kaki yang sama seperti di tangan Cik Nur Baity.

Gambar ukiran inai penuh di atas tangan dan kaki.

Gambar ukiran inai penuh di tapak tangan dan kaki.

Adik comel Cik Nur Baity turut berinai sama.
Si kenit juga nak berinai. Comel la hai dia berposing dengan inai di tangan. :)

Gambar ihsan dari jurukamera Cik Nur Baity.

Gambar ihsan dari jurukamera Cik Nur Baity.

Tahniah Cik Nur Baity bersama pasangan, Aidil. Semoga berbahagia ke anak cucu. :)


HENNABYPUYEP 012-2420725 (whats app)
HENNABYPUYEP 012-2420725 (whats app)
HENNABYPUYEP 012-2420725 (whats app)
HENNABYPUYEP 012-2420725 (whats app)