Thursday 25 June 2015

Promosi Hari Raya Aidilfitri : Tempahan Biskut Raya 2015 lagi dan lagi.. ;)

Assalamualaikum w.b.t

Last show biskut raya tahun ni ;)
Mai jemput tengok, order la kot ada yang berminat ye ;)
























Jika berminat., boleh whats app 012-2420725 untuk tempahan ye. Sebelum 6 Julai 2015 ni kena order ye ;)

COD boleh di Port Dickson atau Kajang, anything just text, we deal. ;)


Thursday 18 June 2015

Promosi Hari Raya Aidilfitri : Lagi Tempahan Biskut Raya 2015

Assalammualaikum w.b.t,

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. 
Hari ini 1 Ramadahan, macamana sahur pg td? 
Sempat bangun sahur x? 
Macamana dengan solat terawih mlm semalam pula?
Hari pertama puasa ni semuanya perfect, harap-harap hari-hari terakhir puasa begitu lah semuanya..

Topik sebelum ni berkaitan dengan tempahan biskut raya 2015, sekarang ni ada lagi biskut-biskut raya. 
Jom kita tengok..nyummm.. ;)
Dijamin sedap dan puas hati ;)

Jika berminat sila whats app Ms Zarith di nombor telefon 012-2420725 untuk membuat tempahan.

Boleh collect di Kajang atau  Port Dickson. Untuk COD sila whats app dahulu untuk deal. ;)

Tempahan akan ditutup pada 25 June 2015 (Khamis). Jom cecepat tempah, confirm sedap =)

****SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN****



Tuesday 16 June 2015

Promosi Hari Raya Aidilfitri : Tempahan Biskut Raya 2015

Assalammualaikum w.b.t

Hai uollss..
Ni nak tunjuk sikit biskut raya untuk tahun 2015 ni yang kiut-miut..
Confirm sedap sebab menggunakan butter brand ANCHOR tu..

X percaya?
Mai tgk gambar biskut-biskut raya ni.




Mai nak cerita harga dia.. ;)

  • Biskut Oat Susu (50 biji) - RM 25
  • Biskut Denmark (50 biji) - RM 25
  • Biskut Coklat Chip (+/- 50 biji) - RM 27
  • Biskut Hazel Nut (+/- 50 biji) - RM 27
  • Biskut Dark Piping (+/- 50 biji) - RM 25
  • Biskut Baby Mac ( 80 biji) - RM 40
  • Biskut Almond London (50 biji) - RM 28
** Tempahan lebih dari 3 bekas boleh dapat diskaun, serius ni bole bg harga murah ckit ;) ;)

Hennabypuyep sangat-sangat mencadangkan anda untuk order Biskut Baby Mac, kerana rasa dia sangat puas hati (saya dah rasa) :)

Jika berminat sila whats app Ms Zarith di nombor telefon 012-2420725 untuk membuat tempahan.

Boleh collect di Kajang atau  Port Dickson. Untuk COD sila whats app dahulu untuk deal. ;)

Tempahan akan ditutup pada 10 Julai 2015 (Jumaat). Jom cecepat tempah, confirm sedap =)

****SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN****


Wednesday 10 June 2015

How To Booked with HENNABYPUYEP (^.^)Y

Salam semua especially kepada bakal-bakal pengantin,

Kepada yang berminat nak tempah dengan HENNABYPUYEP, meh saya terangkan step by step cara nak tempah. Sebelum tu nak cakap yang HENNABYPUYEP xda katalog. Iyee xde katalog, anda sendiri yang tentukan design anda. Macam best kn?? meh tgk step dulu. ;)



Pertama : Whats app 012-2420725 untuk memulakan langkah anda. (^.^)
Kedua : Pilih tarikh serta masa sesi berinai anda - sila tempah awal untuk menggelakkan clash atau telah di tempah.
Ketiga : Pilih pakej-pakej yang disediakan oleh Hennabypuyep.
Keempat : Cari design dari mana-mana sumber kerana Hennabypuyep tiada katalog. Oleh itu,apa saja design Hennabypuyep boleh ukir ;)  - ini lah specialnya Hennabypuyep
Kelima : Caj transport akan dikenakan bergantung kepada lokasi anda.
Keenam : Bank in deposit untuk tempah tarikh sesi berinai anda jika setuju dengan harga berinai.
Ketujuh : Sila whats app alamat rumah anda (tempat sesi berinai)
Kelapan : Tunggu Hennabypuyep datang pada hari yang telah ditetapkan ;)


Pakej-pakej HENNABYPUYEP

Senang kan ?? Hennabypuyep tidak mempunyai design ukiran inai yang tetap, terpulang pada bakal pengantin untuk menetapkan design sendiri. ;)

Kepada yang nak survey dahulu pun, di alu-alukan untuk whats app Hennabypuyep. Tiada sebarang masalah jika tidak mengambil perkhidmatan Hennabypuyep. ;)

Jom mulakan whats app HENNABYPUYEP 012-2420725 untuk majlis bahagia anda. ;)

Info : Perbezaan Inai dan Henna serta Jenis-jenisnya

Haii uolss,

Hari ni hennabypuyep nak share sikit pasal inai atau henna :)

Perbezaan antara inai atau henna :
  • Inai  - Berasal dari pokok inai dan kebiasaaannya ditumbuk atau digiling sehingga lumat (pernah cuba blender daun inai tp x berapa lumat) dan dipakai di jari-jemari. Warna inai daun berwarna oren terang sehingga kemerah-merahan bergantung pada darah seseorang dan tempoh pemakaian inai daun itu sendiri (orang dulu suka pakai inai bawa tidur sampai ke esok hari).
Pokok Inai
  • Henna - Merupakan adunan inai (mungkin campuran inai daun dengan pewarna @ dye) yang di pek dalam tiub berbentuk kon dan hujung kon di gunting halus untuk mengeluarkan inai untuk diukir pada tangan dan anggota badan yang lain. Terdapat pelbagai jenis warna seperti hitam, maroon, merah, oren dan juga coklat (coklat ni warna paling pelik dalam maksud lain warna xcantik). Pemakaian inai jenis henna ni tidak memerlukan tempoh yang lama untuk mendapatkan warna yang terang dan cantik. Percaya tak dalam 5 hingga 10 minit dah boleh dapat warna yang mengancam.
Henna yang telah dibancuh

Jenis - jenis inai / henna :

Jenis Daun - Jenis ini sedikit rumit untuk sediakan kerana perlu menggiling atau menumbuk daun inai sehingga lumat. Jika tidak, ini akan menganggu proses pemakaian inai di jari. Tambahan pula, zaman sekarang ni dah mula susah nak jumpa pokok inai, jika ada pun mungkin daun-daun masih muda dan warna tidak terang.
Jenis Daun yang perlu ditumbuk

Jenis Serbuk - Jenis ini senang untuk disediakan, cuma bancuh dengan air sahaja. Tetapi ada di kalangan pengukir inai akan menambah perahan limau, lemon,minyak zaitun dan pelbagai lagi bahan untuk mendapatkan warna yang terang dan gelap.

Jenis Serbuk yang telah siap di pek

Jenis Tiub - Jenis ini senang dipakai dan warna cepat melekat pada kulit. Cuma ukiran akan kurang cantik kerana mata tiub agak besar. Selain itu juga, kita perlu pandai mengawal warna inai / henna yang kita nak mengikut tempoh masa pemakaian. Jika memakai inai / henna jenis ini dalam tempoh yang lama, jari jemari anda mungkin akan berwarna hitam bukan oren,  merah atau maroon. Terbaru, inai jenis tiub ini terdapat dalam pelbagai warnan seperti biru, hijau, merah, ungu dan pelbagai lagi.

Jenis Tiub yang mudah digunakan cuma mata tiub yang agak besar

Jenis Kon - Jenis ini paling banyak dipakai oleh pengukir inai / henna kerana mereka boleh tentukan saiz mata kon yang dikehendaki bergantung kepada ukiran itu sendiri. Kekemasan sesuatu ukiran itu dapat dilihat jika kita memakai inai jenis kon ini. Terdapat pelbagai warna inai / henna jenis ini seperti hitam, merah, maroon, oren dan pelbagai lagi.

Jenis Kon yang paling digemari

Sepanjang hennabypuyep bermain dengan inai, bermula dengan inai daun, beralih ke inai serbuk (Brand HASINA), kemudian menggunakan inai kon dan inai tiub (Brand Maharani) dan kini menggunakan inai kon (Brand Golecha). Alhamdulillah sepanjang bermain dengan inai, tiada sebarang kemudaratan berlaku dari penggunaan inai yang dipilih. Hennabypuyep memilih jenama yang berada di pasaran serta pilihan ramai pengukir inai.


Inai Serbuk HASINA

Inai MAHARANI


Inai GOLECHA


Inai GOLECHA



Inai GOLECHA
Sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh whats app Ms Zarith (HENNABYPUYEP) di nombor 012-2420725

In sya allah, hennabypuyep akan memberikan perkhidmatan yang memuaskan anda dengan harga yang berpatutan. (^.^)

~~~~~~HENNABYPUYEP~~~~~~

DESIGN BERMOTIFKAN BUNGA :)

Salam semua,

Anda semua suka bunga x?? Jom review sikit bunga-bunga dari Hennabypuyep (^.^)








Jika sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh whats app Ms Zarith (Hennabypuyep) di nombor 012 - 2420725.


~~HHH...EEEE..NNNN..NNNN..AAAA...BBB..YYY..PPPP..UUUU..YYYY..EEEE...PPPPP~~

Monday 1 June 2015

Berhenna tepi Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson

Good Morning my fellow friends,

Semalam hari cuti, kami (saya bersama kazen-kazen) bersuka ria di pesisir pantai. 
Sambil tu ada request dari new friend yang sgt2 lah peramah, happy go lucky dan mempunyai vokal suara yang mantap, Cik Naddy @ Nadira. :)

So kami berhenna di tepi laut di atas pasir pantai.

Berhenna atas pasir tepi laut..Wooo ;)

This is for you, Miss Naddy @ Nadira

Miss Naddy @ Nadira with my kazen, Raja Azlin Shafinaz

Need my touch ?? Just whats app Hennabypuyep at 012-2420725. I'll give you the best service.. :)

~~~~~~HENNABYPUYEP~~~~~~