Wednesday 5 August 2015

Info : KHASIAT DAUN INAI

Guten Tag meine Damen und Harren,
(Selamat sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan)

Ich muchte mich vorstellen, meine name ist HENNABYPUYEP
(Biar saya perkenalkan diri saya, nama saya HENNABYPUYEP)

Ehh sesi belajar bahasa German lak kita..hehee..

Ni nak cerita sikit pasal khasiat Daun Inai.

KHASIAT DAUN INAI :



Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.
Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.
Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.
Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit,bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.
Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.
Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.
Daun inai dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuhsakit perutluka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan.
Serbuk inai atau daun inai yang dilumatkan digunakan bagi menyembuh penyakit kulitbisul dan sengal tulang. Jus inai dugunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas. Sementara akarnya diguna untuk menyembuh bisul. Kulit dari batang pokok inai digunakan untuk meredakan cirit birit dan merawat masalah hati atau demam kuning serta bengkak hati.
Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan. Mereka juga percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak.
Untuk mengubati luka dan kudis disekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan dibahagian yang sakit itu. Insyallah sakit akan berkurangan, bengkak dan kelurut akan dapat dielakkan.
Haaa tuh la dia sedikit sebanyak berkaitan khasiat daun inai.
Jom tengok la sikit design simple kat bawah ni ye. ;) :) :)

HENNABYPUYEP menggunakan inai jenama Golecha Magic


Simple design on my hand ;)

Sesiapa yang berminat nak berurusan dengan HENNABYPUYEP, boleh whats app 012-2420725 untuk sebarang pertanyaan serta tempahan. I'll give you my magic touch. ;) ;) ;)


Sesi Berinai Cik Ida - Lenggeng

Hi uollss,
Sihat kah anda semua?
Seronok beraya?

Meh kita tengok sikit design orang kahwin lepas raya ni ;)
Kali nak tema hindustan sikit.

Jauh nak datang ke rumah Cik Ida ni sampai kena masuk Lenggeng. Tapi rasa berbaloi dan puas hati sebab ramai di antara rakan serta sepupu Ida bertanya kan pasal inai HENNABYPUYEP ni.
Harap-harap ada pintu rezeki yang terbuka lagi di Lenggeng. ;)

Ukiran inai tangan dan kaki pengantin

Ukiran inai tangan dan kaki pengantin

Yang ini ukiran inai saudara kepada pengantin. Meriah juga. Kelass kau Maria, tapi nama dia bukan Maria Ribena tu ye..heheee..
Ukiran inai tangan saudara pengantin

Perkhidmatan Berinai  - HENNABYPUYEP
Whats app - 0122420725
Boleh review/follow/like - HENNABYPUYEP di insta, fb serta blog



Sesi Berinai Cik Aza - Port Dickson

Salam semua,

Maaf la lama menyepi.
Kali ni nak tunjuk simple design untuk pengantin yang bernama AZA ni.
Dia schoolmates kita masa sekolah rendah tau. ;)

Ukiran inai simple di atas tangan pengantin

Yang ni pulak ukiran inai atas tangan pengapit beliau. Tak kalah juga ye. ;)
Ukiran inai atas tangan pengapit

Ini pula ukiran inai atas tangan saudara-mara beliau. Nak yang simple habis katanya. :)

Simple design untuk tangan saudara Aza

Lagi simple design untuk saudara Aza

 Kepada yang berminat dengan hasil ukiran HENNABYPUYEP, boleh la whats app 012-2420725 untuk sebarang pertanyaan serta tempahan, tidak kisah untuk sebarang majlis. Janji hasil yang mengancam dapat diukir di atas tangan anda. ;)